Tuesday, July 29, 2008

SUNGAI GABAI


Si Ody
(my best friend sejak mengenal erti sekolah menengah) dah mesej seminggu lagi sebelum tu. Tanya-tanya jadi tak pergi mandi sungai sabtu ni. And me, kredit memang selalu takde. Kesian gak la kat Ody ni kena tanya banyak-banyak tanpa dapat maklumbalas from me. Sms nye lebih kurang macam ni la... "Hamim + Roslin, <--- {selalu ada tanda '+' tu... stail dia menaip sms kot...} korang jadi tak pergi sungai tekala sabtu ni? Nanti reply balik ye." Lebih kurang macam tu gak la dia punya sms. Bunyi macam merayu pun ada, macam tak yakin yang I'm going pun ada. Laughing Oh ya, kitorang sebenarnya decide nak gi Tekala je... slow-slow japgi destinasi berubah jadi Gabai. And Lin lah orang yang paling happy. Sebab last time keta pinjam kitorang pecah gearbox kat jalan nak gi Gabai. So, kitorang tak berapa happy sangat la mandi time tu.

Nak dijadikan cerita pendek, kitorang memang dah decide nak pergi. Cuma takde kredit nak reply. Thehehe. So, kitorang just tunggu si Ody ni call malam hari Jumaat tu (Giler jahat gak aku ni...) Tongue out. Suaranya menanda bukan main berharap lagi dia untuk kedatangan kitorang pada esok hari.

Malam hari Jumaat tu, me and my Lin keluar la gi beli contact lense kat Kajang. Time tu kitorang berdua plan la nak makan apa esok. So selepas decide, kitorang just nak buat sandwich. Senang keje. Tak payah fikir banyak-banyak. Yang bestnye, tukang fikirnya dua, tapi yang tukang buat sandwichnye sorang je. Sape lagi, our Lin la.

Esoknya, me and Lin drive Persona terus ke stesen minyak, and thats the third time kitorang isi minyak selepas petrol naik harga. Rasa sakit sebab harga minyak mahal still menyengat. Sebab nak pergi mandi sungai tu pun kitorang habis dalam RM50 gak untuk minyak kalau tak silap. Lebam poket.

Dari Cyber terus kitorang ke Kajang. Jumpa Hadri (a.k.a Boy) dengan Mariam kat tepi Metro Kajang. Dia dah ada kat sana time kitorang sampai tu. Tengah menunggu dalam Kelisa comelnya. Si Hadri dah siap pakai sweater sleeveless dia (memang nampak cam dah ready nak terjun sungai la senang cakap), dan si Mariam ni lak biasa-biasa je.

Dari situ kitorang berempat (dua kereta) gerak amek Ody kat stesen Shell kat Semenyih. For me, Semenyih is not really a place yang I always go, so kitorang tersilap stesen minyak gak ah time tu. Mana tak nyer, sampai tiga stesen minyak Shell kat tepi jalan. Tapi lepas bertungkus lumus u turn untuk ke stesen Shell yang betul tu (tempat abang Ody tunggu), jumpalah si dia ni dengan Nadia dalam Myvi ibundanya yang tersayang.

From stesen Shell, terus kitorang menuju ke Sungai Tekala. Biler sampai sana je, mak aih. Time tu cuti sekolah dan hari sabtu. Emm... CUTI SEKOLAH + HARI SABTU = Satu kombinasi yang tak menyenangkan bila bercakap tentang mandi sungai... ORANG RAMAI GILER!!! Tak dapat cari parking kitorang time tu. Pusing sana, pusing sini. Sampai ambil jalan u-turn tepi jalan ke kilang papan. Semuanya nak cari parking nyer pasal. Tapi takpelah, sebab lepas tu je, time tu me and Lin still bertungkus-lumus nak u-turn ke tekala balik, terserempak dengan Ody dan Boy. Diorang decide nak ke Gabai. Walla. Thats how we end up kat gabai.

Sebelum sampai Gabai, ada la sorang pak cik hensem ni kat tepi jalan. Pakai seluar pendek dengan wisel warna oren kalau tak silap. Tiup-tiup wisel sambil mengangkat tangan bagai gaya seorang polis trafik yang berseluar ketat. I thought dia ni penjaga jalan ke Sungai Gabai tu. Maklum la, jalan gi sungai tu kan sempit. Mesti la logik kalau ada orang jaga. Then I terus la bukak tingkap tegur dia. I asked, "Ni naik ke Sungai Gabai ker?". And then tak sampai satu saat kemudian, Lin yang reply, "Yang you cakap dengan dia ni kenapa?". I was terkejut gak la kenapa si Girlfriend ku yang sorang ni cakap macam tu. Akhirnya barulah ku sedar, yang pak cik ni Ting-Tong rupanya. Tapi yang bestnye tu, ada kereta 4 wheel drive yang besar dan lawa di depan kitorang, ikut betul-betul apa yang Mr Ting-Tong tu buat. Dia suruh stop, keta tu stop. Dia suruh jalan, keta tu jalan. Wahaha! <---- sedap giler aku gelakkan orang, sebab tak nak Lin ingat yang aku cakap dengan Mr Ting-Tong tu tadi. Malu gak ah sebenarnya... Embarassed

Dipendekkan cerita, mandi air sungai yang sejuk tu memang bestla. Cuma yang tak bestnye ialah time termengah-mengah dekat lima kali time naik tangga. Pergh... penat dowh! Yang hebatnya, Ody dan Nadia ah, giler cepat diorang naik. Tak sabar nak mandi agaknya. Ataupun tak mandi dari pagi (buktinya: sebab diorang bawak semua benda untuk mandi. Syampu? Ada. Berus gigi? Ada. Pencuci muka? Ada. Yang takdenye hanyalah paip shower je. Kalau tak, complete!)

Ohohoho, ada satu citer best kat sini. Time tengah mandi tu, I just baring je kat bawah air terjun tu. Sedap. Rasa macam kene urut kat belakang. Pastu lin datang. Duduk dekat sebelah. Citer2 hal orang lain. Gossip. Time tu ada rasa something kat my tangan. I angkat, rupanya daun. Buang tepi. Then ada lagi rasa kat tangan. Geli. Angkat-angkat, daun lagi. So ni la masalahnya biler dah terbiasa. Jadi tabiat. Pegang, buang tepi. Then, time tu la terpegang sesuatu yang gemuk dan squishy. Cuba teka apa dia? (dengan cara bercakap seorang host rancangan kuiz tv yang terkenal) KATAK HUTAN!!! Katak tu pun terkejut gak agaknya bila diangkat, dia terus melompat ke arah lin. Time tu nampak kaki dia yang berotot dan panjang tu. Lin menjerit giler-giler cari orang untuk menyelamatkan diri. Agaknya time tu dia nak gi kat boyfriend dia a.k.a aku, katak tu ada kat arah aku. So dia gi ke arah Ody dan Hadri. Hahaha. Menjerit-jerit gak ah dia. Apa taknya. Aku pun menjerit gak. Geli dowh Money mouth. Besar tu katak hutan tu. Besar niii... <--- tengah buat signal tangan menunjukkan betapa besarnya katak tu.

No comments: