Tuesday, July 29, 2008

DOWNTOWN


Dah hari Isnin, sebab dah lepas pukul 12 time tu. Roslin call, kata nak ajak gi Downtown sebab tak dapat tidur. Actually I know why dia tak dapat tidur, sebab pukul sembilan tadi kami gerak ke Alamanda, sebab as my promise to her, I will buy her a dress, or shirt, untuk dipakai bagi hari pertama dia bekerja permanent.

Sampai sana dah agak lambat, so walaupun sempat tengok semua kedai, bila nak decide dah tak dapat, sebab satu persatu kedai turunkan gate besi diorang. So kitorang just window shop jelah time tu. Kesian kat Lin, sebab tak dapat beli apa dia nak. And macam biasalah, kalau dia tak dapat, it will end as me yang dapat something. So I got cookies dari Famous Amos sebab Lin time ni tengah kaya. Kalau nak tahu, bila dia kaya je, I will be the victim untuk dia spend duit. Walaupun best bunyinya, tapi agak memalukan, sebab it's always her yang belanja me.

Dalam kereta time balik, Lin just kunci mulut, senyum pun nak tak nak je. Sebabnya, takde baju untuk esok. Senang cakap, benda yang diimpikan tak kesampaian. I tried to cheer her up dalam kereta, buat lawak bodoh la, jerit tiba-tiba la, tapi tetap tak berjaya. Dia just angguk, tak pun geleng. Berat hati tengok dia macam tu. Then, suddenly je, dia bukak mulut, bagi cadangan... "Mim, jom, gi downtown...".

Malam tu kitorang keluar pukul satu lebih, sebab pukul dua belas tadi I was out playing Futsal for the first time kat Creasent (tak tahu eja betul ke salah...). Sebenarnya nak main basketball dengan Davis (kawan baik dari China), tapi pak arab dengan kawan Davis dah cop dulu padang tu. So kitorang just main je la. Lepas habis satu game (I scored once je) baru kitorang main basketball. Balik dari main baru gerak gi downtown.

On the way gi bandar bawah (downtown, hihihi) ni, kitorang sesat gak. Sebabnya, roundabout kat cheras tu kena tutup, so kitorang tak perasan tanda dia (agak besar gak ah tanda dia tu) suruh amek alternate way.

Time kitorang menuju ke HUKM, tiba-tiba nampak banyak kereta park tepi jalan. And then ada la tiga empat buah kereta ni park atas jalan (serious... ATAS jalanraya tengah-tengah lane betul-betul...). Kitorang just marah je la sebab ada ke patut buat macam tu. Boleh accident orang lain sebab kereta-kereta tu. Lepas je lampu isyarat, time tu la Lin sedar, tempat tadi tu la destinasi kitorang downtown. Apalagi terus pusing balik.

Sampai je sana, tempat tu still meriah walaupun banyak kedai dah turunkan gate besi gak. I mean, dah tutup. Sebab diorang bukak kul 10 malam sampai 4 pagi je. Ada kedai tu sampai pukul 3 dah tutup. Takpelah, sempat gak kitorang tengok apa yang ada kat sana.

There, ada jual kasut-kasut, baju, jam tangan, patung-patung, lilin wangi (tak kena masuk dalam kategori ni kan? Nak tau sebab apa masuk gak? Sebab Lin beli satu set kat situ. RM15.) kacamata gelap, baju askar dan polis (???), lighter and banyak lagi lah benda-benda yang nampak mahal tapi murah.

I end up beli cover phone nokia dengan earphone, habis RM30. Lin lak beli alat make up dengan lilin tadi. Kitorang tak beli banyak, sebab kedai banyak dah gulung. Tapi tak hampa la balik.

On the way balik, kitorang sempat tengok satu kedai ni, jual mainan RC. Radio Control. Brader penjaga ni sporting gak ah, sebab apa, bila kitorang tanya pasal helikopter, dia terang habis-habisan. And yang kelakarnya, dia kata kalau kitorang beli helikopter tu (RM250), kitorang boleh la gi join kawan-kawan dia main kat tepi Tasik Permaisuri dengan kawan-kawan dia. Dia ajar la cara-cara nak gi tengok group kengkawan dia ni. Cara dia bercerita tu macam suruh kitorang masuk dalam semak, cari group tu. Terbayang la group dia ni main RC dalam semak gelap-gelap sambil tampar nyamuk yang hinggap kat kaki. Sealed

Sebelum sampai Cyber, Lin decide nak grab a bite kat McD. So bila teringat McD, teringat la kat brader kitorang ni, Along. Tapi hanter mesej, tak reply. Tidur kot. Awalnya tidur, baru pukul empat pagi.

Ok, tak mau la cerita panjang sangat, kitorang just balik lepas makan kat situ. Oh, lagi satu, gi la McD time Euro 2008 nih, boleh dapat french fries percuma. Satu gol, satu kupon french fries. Nice.

Okeh, dah pukul 6.30, I think I want to kiss the pillow now.... GudNite... ZZzzz....

No comments: